1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PIAGAM PELANGGAN ICU JPM

ICU JPM akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dengan berkesan berasaskan piagam pelanggan seperti berikut:


PERKHIDMATAN TERAS UTAMA
1.
Memberi maklumbalas awal terhadap Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) kepada Kementerian dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permintaan.
2.
Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi dalam tempoh tiga (3) hari daripada permohonan diterima.
3.
Memberi maklumbalas awal terhadap permohonan khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal berkaitan dengan pengurusan Projek Pembangunan dalam tempoh tiga (3) hari selepas menerima permohonan.
4.
Mengemukakan ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri ke Kementerian dalam tempoh sepuluh (10) hari daripada tarikh penerimaan notis.
5.
Memberi keputusan permohonan projek yang dikemukakan melalui eKhas dalam tempoh tiga (3) hari.
6.
Menjana senarai profil Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin/Miskin Tegar daripada eKasih dalam tempoh dua (2) hari selepas perbincangan dan persetujuan dibuat ke atas jenis dan keperluan maklumat ditepati.
7.
Memberi maklumbalas awal terhadap permohonan/pertanyaan berkaitan projek/program Bumiputera Sabah/Sarawak dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima.
8.
Maklumbalas pertama daripada Call Centre BLESS dalam tempoh satu (1) hari.
PERKHIDMATAN SOKONGAN
9.
Memberi maklumbalas kepada permohonan mengadakan latihan SPP II dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh pemohonan diterima.
10.
Memberi maklumbalas pertama kepada pertanyaan/aduan sistem/rangkaian ICT yang diterima melalui Call Centre ICU JPM dalam tempoh satu (1) hari.
11.
Memberi maklumbalas pertama kepada Pertanyaan/Aduan Awam dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.

Jika Atas Sebab-sebab Tertentu Kami Tidak Dapat Menunaikan Tanggungjawab Dalam Tempoh Yang Dijanji Seperti Di Atas, Kami Akan Dengan Serta-merta Memberi Jaminan Kepada Pelanggan Berkenaan Untuk Melaksanakannya Dalam Masa Yang Dipersetujui.


"BERILTIZAM BERBAKTI"

Piagam pelanggan. Memaparkan janji janji pejabat pembangunan persekutuan pulau pinang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan