Profil Jabatan


Visi


Agensi Pusat Yang Unggul Dalam Penyelarasan Dan Pemantauan Pembangunan Negara


Misi


Agensi Pusat Yang Memacu Pembangunan Negara Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan Dan Penilaian Dasar, Program dan Projek Dengan Mengamalkan Tadbir Urus Yang Baik Dan Budaya Kerja Yang Kreatif, Inovatif dan Berintegriti

Moto


ICU JPM


Logo


ICU JPM


Motif / elemen dalam reka bentuk logo ini dihasilkan daripada motif / elemen muka taip (typeface / huruf) dengan pengolahan secara kreatif. Konsep pengolahan reka bentuk ini berdasarkan kepada Visi, Misi dan Aktiviti Utama ICU JPM. Susun atur dan elemen yang ditonjolkan dalam reka bentuk mencerminkan tugas utama yang dilaksanakan ICU JPM sebagai Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan negara melalui amalan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik. Komponen kecemerlangan dalam reka bentuk logo ini diterjemahkan melalui gabungan karektor huruf I dan U menggunakan bentuk huruf Arial Black dan strok atau tanda bagus dan betul yang mewakili huruf C sesuai dengan fungsi dan etika kerja yang diamalkan ICU JPM.