1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

FAQ'S

FAQ'S SPP II FAQ'S PROJEK KHAS FAQ'S E-KASIH FAQ'S TEKNIKAL FAQ'S PENILAIAN OUTCOME


FAQ'S SPP II

 

1. Apakah itu Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dan organisasi mana yang terlibat dalam pelaksanaannya ?

 

SPP II ialah satu sistem di bawah Kerajaan Elektronik yang merupakan salah satu aplikasi perdana di bawah Multimedia Super Koridor (MSC). Bermula pada tahun 1999, Ia telah di laksanakan dan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2001 oleh Mantan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sistem ini. Secara keseluruhan, skopnya meliputi semua proses pelaksanaan pembangunan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) bermula daripada perancangan projek hinggalah ke proses pembayaran projek. Agensi utama yang terlibat selain daripada ICU JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (UPE) , Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara (JANM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Semua Kementerian dan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Peruntukan Belanja Pembangunan merupakan pengguna utama sistem ini di samping Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah sebagai agensi pemantauan peringkat Negeri dan Daerah.

 

2. Siapakah pengguna SPP II ?

 

Pengguna SPP II adalah terdiri daripada semua kementerian dan agensi yang terlibat.

 

3. Apakah saluran untuk melaporkan masalah berkaitan pelaksanaan dan penggunaan SPPII ?

 

Pengguna perlu membuat log masalah tersebut ke dalam sistem Call Centre atau telefon ke talian 03-8000 8000 untuk tindakan selanjutnya oleh Pentadbir SPP II.

 

4. Apakah projek-projek yang dipantau oleh SPP II ?

 

Projek-projek yang dipantau dalam SPP II adalah projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Private Finance Initiatives(PFI).

 

5. Bolehkah ia dicapai di mana-mana lokasi?

 

SPP II boleh dicapai di mana-mana lokasi yang mempunyai capaian Putrajaya Campus Network (PCN) dan egNet (permohonan ke MAMPU).

Laman frequent ask question sistem spp 2 menyediakan jawapan kepada persolan berkaitan sistem spp 2 seperti Bagaimana caranya untuk memastikan agensi pusat tidak meminta maklumat tambahan terus kepada kementerian? jawapan adalah Satu Jawatankuasa Pemandu telah dibentuk dan jawatankuasa telah memutuskan bahawa sebarang maklumat yang diperlukan akan diambil daripada sistem SPP 2, Berapakah pusat kemasukan data yang diperlukan di setiap kementerian? jawapan adalah Proses kemasukan data adalah di peringkat sumber. Jika projek dipohon di peringkat daerah, segala kemudahan akan disediakan di peringkat tersebut, Bagaimanakah perkongsian data dibuat antara agensi dan kementerian terlibat? jawapan adalah Setiap satu kementerian akan dibekalkan dengan pangkalan data masing-masing. Agensi-agensi di bawah kementerian akan dihubungkan dengan pangkalan data di kementerian.