1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

DASAR KEPENGGUNAAN

PENGGUNAAN JARINGAN MEDIA SOSIAL DI SEKTOR AWAM OLEH PENGGUNA

 

Jaringan Media Sosial seperti Facebook dan Twitter di Agensi ini hanya boleh dicapai pada jam 1.00 tengah hari – 2.00 petang dan selepas jam 5.30 petang. Penggunaan Media Sosial tertakluk kepada garis panduan berikut:

 

Pegawai Bertanggungjawab Mengendalikan Laman Web Media Sosial Agensi

 

 Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;

 

 Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan;

 

 Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam;

 

 Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan;

 

 Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi;

 

 Memastikan pautan dan kandungan antara laman web jaringan sosial dan laman web rasmi agensi hendaklah jelas dan tidak bertindih;

 

 Menggunakan logo rasmi agensi di dalam laman web jaringan sosial;

 

 Menggunakan e-mel rasmi di dalam profil laman web jaringan sosial;

 

 Menggunakan foto dan/atau video yang dapat memperjelaskan mesej yang hendak disampaikan dalam keadaan yang bersesuaian;

 

 Memasukkan penerangan terhadap foto dan/atau video yang digunakan bagi membantu carian oleh pengguna;

 

 Menggunakan perkataan hak cipta terpelihara pada semua kandungan foto dan/atau video;

 

 Menggunakan ayat yang ringkas, padat, tepat dan jelas maksudnya; dan

 

 Menyediakan penyataan penafian (disclaimer) terhadap sebarang kerosakan sekiranya dialami oleh pengguna semasa menggunakan laman web jaringan sosial.

 

Pengguna Di Agensi

 

 Mencapai laman web jaringan sosial yang hanya berkaitan dengan urusan rasmi agensi pada waktu pejabat;

 

 Menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;

 

 Tidak memaparkan isu-isu sensitif seperti agama, politik dan perkauman serta yang berunsur fitnah atau hasutan;

 

 Tidak memaparkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan imej Kerajaan; dan

 

 Tidak menggunakan laman web jaringan sosial untuk mengaibkan individu tertentu.

 

Pentadbir Rangkaian

 

 Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan

 

 Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak mengganggu prestasi rangkaian di agensi.

Jaringan Media Sosial seperti Facebook dan Twitter di Agensi ini hanya boleh dicapai pada jam 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang dan selepas jam 5.30 petang. Penggunaan Media Sosial tertakluk kepada garis panduan seperti Pegawai Bertanggungjawab Mengendalikan Laman Web Media Sosial Agensi, Memastikan kandungan yang tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan, Menjadikan laman web jaringan sosial sebagai media dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan, Memastikan kandungan dan kesesuaiannya serta yang mempunyai kepentingan untuk dimaklumkan kepada orang awam, Memastikan kekerapan pengemaskinian maklumat dan memastikan ia relevan dan Menghapuskan kandungan dan maklumat yang diterima dari orang awam yang tidak relevan dengan aktiviti agensi.