idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH PROJEK SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL SAADAH, KUALA MUDA, PENAGA

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

5 Julai 2019 - Satu majlis perasmian pecah tanah telah diadakan bagi menandakan permulaan projek Pembinaan Baru Bangunan Sekolah Agama Al Saadah, Kuala Muda, Penaga. Projek yang telah tertangguh sejak 2018 itu telah diluluskan semula atas inisiatif pemimpin kerajaan yang melihat keperluan dan kepentingan projek seumpama ini diteruskan pelaksanaannya. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Pengarah Pembangunan Negeri, YBhg. Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Pegawai Tadbir Agama Seberang Perai Utara (Kepala Batas), wakil-wakil daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, State Secretary Penang Incorporation (SSI) serta warga pengurusan sekolah terbabit dan penduduk-penduduk berhampiran. Semasa ucapan perasmian, YB Timbalan Ketua Menteri 1 menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat dalam memastikan projek ini dapat berjalan lancar. Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik pendidikan KAFA termasuk penyediaan infrastuktur dan turut mengingatkan kontraktor agar projek ini dapat disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Seusai sesi taklimat dan ucapan perasmian, YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah menyempurnakan upacara pecah tanah yang turut disaksikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang serta tetamu-tetamu yang hadir. Untuk makluman, projek yang diluluskan di bawah peruntukan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dengan kos berjumlah RM1.0 juta ini telah bermula pada 24 Jun 2019 dan dijangka siap pada 23 Jun 2020. Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. 

 

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 9 Julai 2019