idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang /Keputusan

LAWATAN MOBILE TEAM I CARE FOR U PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pada 25 April 2019, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah mengadakan lawatan Mobile Team di bawah Program I Care For U ke rumah Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih di Kampung Permatang Keriang, Penaga iaitu En. Johari bin Said dan seorang KIR di Kg. Sama Gagah, Permatang Pauh iaitu En. Nur Syawal bin Abd Razak. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Utara, Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Tengah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta wakil Pemimpin Tempatan. Sempena lawatan tersebut, PPPPP telah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada KIR yang mengidap strok, barangan rumah seperti kipas angin, dapur gas serta bakul makanan berupa barangan keperluan asas. Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan yang diterima daripada orang perseorangan dan syarikat swasta di bawah Program I Care For U yang merupakan program CSR ICU JPM selain sumbangan bakul makanan daripada PPPPP. Lawatan yang melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak swasta serta masyarakat setempat ini bertujuanĀ  mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan segera. Program turun padang seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membantu golongan sasar yang memerlukan perhatian serta bantuan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 13 Mei 2019