idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP TABUNG PENYELENGGARAAN 1MALAYSIA (TP1M) TAHUN 2018 NEGERI PULAU PINANG – FLAT TERATAI TAMAN DESA SENA, TASEK GELUGOR

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

17 Disember 2018 (Isnin): Majlis Penyerahan Projek Siap Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) Tahun 2018 bagi Flat Teratai Taman Desa Sena telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang sebagai simbolik projek penyenggaraan di perumahan bertingkat ini siap dilaksanakan. Majlis ini turut dihadiri oleh para pegawai PPPPP, kontraktor KAC Services Sdn. Bhd., wakil Badan Pengurusan Bersama Flat Teratai Taman Desa Sena dan para penduduknya. Projek penyenggaraan TP1M Flat Teratai Taman Desa Sena telah dilaksanakan mulai 2 Februari 2018 dan siap pada 21 November 2018 meliputi kerja mencuci tangki, membaiki dan mengganti susur tangga, membaiki dan mengganti struktur bumbung dan mengecat bangunan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.198 juta.Pada majlis ini juga, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak kontraktor kerana telah berjaya menyiapkan projek lebih awal daripada tarikh jangkaan siap asal iaitu pada 1 Disember 2018.

 

 

Sumber : Seksyen Pemantauan & Penilaian

Tarikh Kemaskini : 19 Disember 2018