idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEROBOH DAN MEMBINA BARU MASJID JAMEK PADANG BENGGALI PADA 5 DISEMBER 2018

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

5 Disember 2018 : Majlis Penyerahan Projek Meroboh dan Membina Baru Masjid Jamek Padang Benggali, Kepala Batas telah diadakan dan telah dihadiri oleh Ybhg. Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang serta wakil-wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, wakil Parlimen Kepala Batas, wakil Pusat Khidmat Adun Bertam, pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Benggali. Projek yang dilaksanakan oleh Seksyen Teknikal, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang mula dibina pada 27 Julai 2015 dan telah siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2018. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 1.7 juta iaitu RM1.4 juta disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan RM0.3 juta oleh sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bangunan baru masjid ini mampu memuatkan sehingga 800 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, balai lintang, bilik imam, dataran kejat dan lain-lain. Kejayaan pembinaan masjid ini membuktikan komitmen berterusan oleh Kerajaan Persekutuan dalam memastikan syiar Islam sentiasa ditegakkan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

 

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 6 Disember 2018