idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BACK TO SCHOOL) KEPADA AHLI ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH (eKASIH) NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2018

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

15 November 2018: Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan (Back To School) kepada Ahli Isi Rumah eKasih daripada Daerah Seberang Perai Utara. Majlis telah diadakan di Pasaraya Mydin Bertam melibatkan 25 orang pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah. Majlis ini bertujuan meraikan anak-anak yang kurang berkemampuan selain meringankan beban keluarga dalam menghadapi sesi persekolahan tahun 2019 yang bakal tiba. Pelajar-pelajar tersebut menerima sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah dan kelengkapan persekolahan. Majlis telah dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Negeri serta pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Di samping membantu golongan yang kurang berkemampuan, pelaksanaan majlis seumpama ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan / Agensi Kerajaan dengan masyarakat.

 

 

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 19 November 2018