idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH ICU JPM, YBHG. TAN SRI AHMAD ZAKI ANSORE BIN MOHD YUSOF KE NEGERI PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof bersama Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Strategik, Datuk Zolkopli bin Dahalan telah mengadakan lawatan kerja ke negeri Pulau Pinang pada 14 November 2018. Suatu sesi Perjumpaan bersama semua pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah diadakan bagi mendengar amanat daripada YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof sebelum beliau bersara pada bulan Disember 2018. Beliau telah menekankan agar semua warga ICU JPM melaksanakan amanah dengan berintegriti dan memastikan fungsi utama unit ini dapat dicapai dengan komitmen yang jitu. Seterusnya, kunjungan hormat turut diadakan kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pengarah Pembangunan Negeri dan beberapa orang pegawai lain. Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan hala tuju pembangunan dan peranan ICU JPM selaku agensi persekutuan di negeri Pulau Pinang. Lawatan diakhiri dengan explorasi di The Habitat Penang Hill bagi menghayati panorama alam dan melihat pemandangan negeri Pulau Pinang dari puncak bukit yang mampu menggambarkan pembangunan yang telah berjaya di Pulau Mutiara ini.

 

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 16 November 2018