idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP TABUNG PENYELENGGARAAN 1MALAYSIA (TP1M) TAHUN 2018 NEGERI PULAU PINANG – FLAT TAMAN SRI INDAH, BALIK PULAU

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

25 Oktober 2018 (Khamis): Majlis penyerahan projek siap telah diadakan pada 11 Oktober 2018 bertempat di Flat Taman Sri Indah, Balik Pulau bagi meraikan penyerahan projek penyelenggaraan kawasan perumahan ini yang telah siap dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP). Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Pengarah Pembangunan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang ini turut dihadiri oleh para pegawai PPPPP, kontraktor Quality Expansion Sdn. Bhd., wakil dan para penduduk Flat Taman Sri Indah. Projek ini dilaksanakan di bawah peruntukan TP1M berjumlah RM1.35 juta dan telah bermula pada 15 November 2017 meliputi skop kerja penyenggaraan tangki air, bumbung, tangga dan susur tangga, mengecat bangunan dan harta bersama serta menurap semula dataran kejat/petak letak kenderaan. Pada majlis ini juga, Pengarah Pembangunan Negeri berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak kontraktor kerana telah berjaya menyiapkan projek sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan siap asal iaitu pada 14 November 2018.

 

 

Sumber : Pejabat Timbalan Pengarah

Tarikh Kemaskini : 29 Oktober 2018