idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TAPAK PROJEK-PROJEK DI BAWAH PERUNTUKAN KHAS YAB PERDANA MENTERI DAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pada 3 Oktober 2018 (Rabu) beberapa lawatan tapak projek diadakan di sekitar Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor untuk meninjau status terkini kerja-kerja di tapak projek. Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Timbalan Pengarah (Pembangunan Fizikal), En. Zulkifli bin Rashid, pegawai-pegawai dari PPNPP, JKR Pulau Pinang dan kontraktor yang terlibat. Lawatan yang telah dibuat adalah seperti berikut :

1. Meroboh dan Membina Baru Masjid Padang Benggali, Kepala Batas, Pulau Pinang

2. Membina dewan terbuka serta kerja-kerja berkaitan di Masjid Permatang Rambai, Kepala Batas

3. Membina baharu Masjid Permatang Bogak di atas Lot 3908 & 3909, Mukim 8, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

4. Meroboh dan membina baru Masjid Jamek Kampung Banggol di atas sebahagian Lot 1756, Mukim 8, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

5. Cadangan penyelenggaraan di perumahan bertingkat di Flat Teratai Taman Desa Sena, Tasek Gelugor

Hasil daripada lawatan ini, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang berpuas hati dengan kemajuan kerja yang ditunjukkan serta berharap prestasi terus dikekalkan agar projek yang sedang dibina ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 15 Oktober 2018