idirektori

iDirektori
ICU JPM Directory

Client's Charter

Client's Charter
Janji ICU JPM.

Staff Directory

Staff Directory
Maklumat Pegawai.

Tender / Quotation

Tender / Quotation
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA BARU MASJID SERI SERDANG, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG PADA 17 OGOS 2018

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

17 Ogos 2018 : Satu Majlis Penyerahan Projek Membina Baru Masjid Seri Serdang, Seberang Perai Utara telah diadakan. Majlis itu telah dihadiri oleh Encik Zulkifli bin Rashid (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri), Encik Fakhruddin bin Abd Rahman (wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang), Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTA) Kepala Batas, Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah (mantan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang) serta wakil-wakil dari Agensi Kerajaan yang terlibat dan ahli jawatankuasa kariah Masjid Seri Serdang. Bangunan masjid baru yang dapat memuatkan 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa ini telah dibina menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.0 juta dan Kerajaan Negeri sebanyak RM2.0 juta. Pembinaan masjid baru yang diberi nama Masjid Ibadur Rahman ini telah siap sepenuhnya pada 10 Ogos 2018 dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang. Pihak kariah masjid telah melahirkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam projek pembinaan Masjid Seri Serdang ini. Ucapan terima kasih juga turut diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam keseluruhan perjalanan membina masjid ini sehingga siap sepenuhnya.

Source : Special Project Section

Date Of Update : 3 September 2018