idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN KE PROJEK MEMBINA BARU MASJID SERI SERDANG, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG OLEH KETUA PENGARAH ICU JPM

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

4 OGOS 2018 – Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusoff telah berkesempatan melakukan lawatan ke projek Membina Baru Masjid Seri Serdang, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dalam rangka lawatan kerja beliau ke negeri Pulau Pinang. Lawatan ini turut disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Datuk Seri Farizan bin Darus, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Pembangunan Fizikal), Encik Zulkifli bin Rashid, Pengurus Besar PERDA, Encik Rosman bin Haji Hashim dan beberapa orang pegawai PPPN Pulau Pinang. Semasa lawatan di tapak projek, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki telah diberi taklimat serta penerangan berhubung kemajuan kerja pembinaan yang mengikut jadual dan telah mencapai 99%. Projek yang kini hanya tinggal kerja-kerja kemasan akhir mula dibina pada 31 Mac 2017 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 17 Ogos 2018. Peruntukan bagi pembinaan masjid yang dapat memuatkan lebih 1500 orang ini telah disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM3.0 juta dan Kerajaan Negeri sebanyak RM2.0 juta. YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki telah menzahirkan rasa puas hati dengan kemajuan kerja yang ditunjukkan serta mengharapkan prestasi terus dikekalkan agar projek yang sedang dibina ini dapat memberi manfaat kepada ahli qaryah dan masyarakat setempat.

Sumber : Seksyen Project Khas

Tarikh Kemaskini : 3 September 2018