idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TURUN PADANG YBHG. TAN SRI KETUA PENGARAH ICU JPM KE PROJEK MEMBESARKAN MASJID JAMEK KAMPUNG RAWA PADA 12 APRIL 2018

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

12 April 2018 : YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Projek Membesarkan Masjid Jamek Kampung Rawa, Pulau Pinang. Lawatan ini turut disertai oleh YB Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pengarah JKR Pulau Pinang, Jurutera Daerah Timur Laut, Ahli Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Kampung Rawa, Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan kontraktor yang terlibat. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM3.5 juta bagi melaksanakan projek ini manakala RM1.5 juta lagi adalah daripada kerajaan negeri. Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019. YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah ICU JPM dan rombongan juga turut berkesempatan melawat ke Surau Al- Faizin yang dijadikan tempat solat sementara yang jaraknya 100 meter dari Masjid Jamek Kampung Rawa. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 ribu untuk kerja-kerja baik pulih bumbung yang telah bocor dan sumbangan peralatan / kelengkapan untuk kegunaan surau berkenaan.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 13 April 2018