1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TURUN PADANG YAB PERDANA MENTERI KE PARLIMEN BALIK PULAU PADA 12 APRIL 2018

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

12 April 2018 (Khamis) : YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Parlimen Balik Pulau bagi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat “Balik Pulau Bersama YAB Perdana Menteri” Di SMK Seri, Balik Pulau. Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) selaku penyelaras majlis telah berganding bahu dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat terutamanya di Parlimen Balik Pulau bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. Kerjasama daripada pihak YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan sokongan padu daripada pemimpin tempatan persekutuan Balik Pulau telah membuktikan bahawa kedatangan YAB Perdana Menteri ke Balik Pulau sentiasa dinanti-nantikan. Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan Negeri Pulau Pinang dan memberi jaminan akan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan di negeri ini. Katanya lagi, 99.4% Aku Janji Kerajaan Persekutuan telah berjaya dilaksa¬nakan dalam tempoh lima tahun ini. Dalam majlis ini YAB Perdana Menteri telah merasmikan Pelancaran 12 Projek Kementerian Kesihatan Malaysia Di Negeri Pulau Pinang bernilai RM 1.63 bilion. Pelancaran projek-projek ini merupakan insiatif berterusan kerajaan Persekutuan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bukti Kerajaan Persekutuan menunaikan setiap janjinya. Pada sebelah malamnya pula, YAB Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Rakyat Di SMK Teluk Kumbar, Bayan Lepas. Dalam majlis ini YAB Perdana Menteri telah merasmikan Pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bagi negeri Pulau Pinang. YAB Perdana Menteri berangkat pulang ke Putrajaya pada jam 10.15 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 13 April 2018