1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS GRADUASI SIJIL KEMAHIRAN INTENSIF LEPASAN SEKOLAH (SKILS)

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

25 Mac 2018 (Ahad) telah menjadi suatu tarikh yang bermakna bagi 137 orang pelajar lepasan SPM yang telah berjaya menamatkan kursus Sijil Kemahiran Intensif Lepasan Sekolah (SKILS) anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU, JPM), Kolej Komuniti Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Kursus selama tiga bulan tersebut ternyata telah mencapai objektif asal bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM mempelajari kemahiran asas di Kolej Komuniti dalam bidang-bidang tertentu yang ditawarkan dengan pembiayaan penuh dari pihak Pejabat Pembangunan Persekutan Pulau Pinang (ICU, JPM). Majlis Graduasi SKILS telah berlangsung bagi meraikan kesemua pelajar dan mengiktiraf pencapaian mereka dalam penguasaan kemahiran asas di Kolej Komuniti masing-masing. Majlis yang diadakan di Dewan Dahlia, Midtown Perda Kubang Menerong tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang (MTPNg). Beliau amat berbangga dengan inisiatif pelaksanaan SKILS dan turut berbesar hati menyampaikan Sijil Graduasi kepada para penerima. Majlis turut dihadiri oleh para ibu bapa dan waris pelajar serta barisan pensyarah dari Kolej Komuniti yang telah banyak membantu dalam pelaksanaan SKILS. Anugerah Pelajar Cemerlang turut disampaikan kepada lima orang pelajar terpilih berdasarkan pencapaian sepanjang kursus berlangsung. Anis Raihah binti Mohd. Yusuf (KK Bukit Mertajam- Pakaian Tradisional Wanita), Muhammad Amirul Asraf bin Hazli (KK Seberang Jaya- Pendawaian Elektrik & Pemasangan Pengingin Hawa) , Mohamad Ikram Izzat bin Roslan (KK Kepla Batas- Automotif), Siti Khadijah binti Hamid (KK Nibong Tebal- Masakan Barat) dan Nurul Fatihah binti Bashir (KK Tasek Gelugor- Pastri) telah dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang pada Majlis Graduasi tersebut.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 26 Mac 2018