idirektori

iDirektori
Direktori ICU JPM

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PENGISYTIHARAN KEBENARAN SOLAT JUMAAT PERTAMA MASJID KUBANG ULU PARLIMEN PERMATANG PAUH

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

16 Mac 2018 (Jumaat) – Masjid Kubang Ulu, Penanti yang telah diserahkan secara rasminya pada 14 Mac 2018 yang lalu telah mengadakan solat jumaat pertamanya hari ini. Pengisytiharan kebenaran solat Jumaat pertama diumumkan oleh YBhg. SS. Dato' Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Turut berkesempatan hadir menunaikan solat jumaat pertama di Masjid ini ialah YBhg. Datuk Mohd Zaidi bin Haji Said, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MP3) Permatang Pauh, YBhg. Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pegawai-pegawai kanan Kerajaan serta anak-anak Qaryah Masjid Kubang Ulu. Masjid yang mula dibina pada bulan Mei 2016 siap sepenuhnya pada 11 Mac 2018 yang lalu. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM2.8 juta bagi membina masjid ini berdasarkan permohonan daripada YBhg. Pengerusi MP3 Permatang Pauh sendiri. Masjid baru ini mampu memuatkan seramai 1100 jemaah, peningkatan sekali ganda berbanding masjid lama yang hanya mampu memuatkan sekitar 500-600 jemaah. Masjid 2 tingkat ini turut dilengkapi dengan kemudahan bilik mesyuarat, bilik imam, pengurusan jenazah, kipas angin gergasi dan lain-lain. Selain itu, ruang solat masjid ini juga turut dilengkapi penghawa dingin, seni kaligrafi dan kamera litar tutup hasil sumbangan pihak Qaryah.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 19 Mac 2018