1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN RUMAH WARGA 5P YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

8 November 2017 (Rabu) : Kelab Kebajikan dan Sukan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (5P) telah menganjurkan satu misi bantuan gotong royong pasca banjir bagi membersihkan rumah warga 5P yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang berlaku pada 4 November lalu. Dalam kejadian itu, sebanyak sembilan (9) buah rumah keluarga kakitangan 5P telah dinaiki air yang mana empat (4) buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan. Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan 5P telah turun padang menyertai aktiviti gotong royong ini untuk membersihkan lantai rumah yang dipenuhi lumpur, mengemas barang-barang di ruang tamu dan dapur serta membersihkan kawasan persekitaran luar rumah. Program yang dilaksanakan ini merupakan salah satu khidmat masyarakat serta bantuan dari seluruh warga 5P untuk saling tolong menolong diantara satu sama lain disamping dapat meringankan beban kepada mangsa yang terlibat.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 13 November 2017