1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PAMERAN KERAJAAN DIGITAL 2017 NEGERI PULAU PINANG PADA 26 DAN 27 OGOS 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada tahun ini, penganjuran Pameran Kerajaan Digital 2017 Negeri Pulau Pinang diteruskan lagi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang pada 26 dan 27 Ogos 2017 bertempat di Mydin Mall, Bertam, Pulau Pinang. Selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan, program ini dilaksanakan secara kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan Negeri Pulau Pinang serta NGO yang menawarkan perkhidmatan online. Para pengunjung yang datang membeli belah di Mydin Mall Bertam pada hujung minggu tersebut dapat menamfaatkan waktu bersama keluarga dalam masa yang sama dapat menyelesaikan urusan yang berkaitan agensi kerajaan seperti memperbaharui lesen memandu, kad pengenalan, membuat semakan cukai tanah serta mendapatkan informasi mengenai milikan rumah di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pada tahun ini, kaunter pameran Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang menyediakan borang permohonan eKasih kepada pemohon yang layak, membuat semakan status permohonan eKasih dan memberi peluang kepada para pengunjung untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai bantuan-bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Pulau Pinang. Selain itu, program yang berlangsung 2 hari tersebut juga dimeriahkan dengan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, aktiviti online dan persembahan badut. Objektif Pameran Kerajaan Digital 2017 Negeri Pulau Pinang adalah untuk meningkatkan kesedaran penggunaan sistem perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai, sektor awam dan sektor swasta melalui penglibatan penyertaan booth pameran daripada agensi Kerajaan. Acara perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan diiringi oleh YBrs. Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Secara keseluruhannya program berjalan lancar dengan pengisian pelbagai acara yang menarik untuk setiap peringkat umur dan selesai pada 27 Ogos 2017 (Ahad) jam 5.00 petang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 28 Ogos 2017