1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PELANCARAN PROJEK BAIK PULIH RUMAH DI BAWAH PROJEK TOUCH POINTS ICU JPM TAHUN 2017 PERINGKAT PARLIMEN KEPALA BATAS DAN TASEK GELUGOR

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pulau Pinang – Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 7 Jun 2017, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah dipertanggungjawabkan sebagai lead agency dalam pelaksanaan projek baik pulih rumah yang bertujuan meningkatkan impak sosial kepada Isi Rumah yang terlibat selain meningkatkan kualiti kehidupan golongan sasar yang terpilih. Bagi pelaksanaan Majlis Pelancaran Projek Baik Pulih Peringkat Parlimen Kepala Batas, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) dengan kerjasama Pusat Khidmat YB Ahli Parlimen Kepala Batas dan Pusat Khidmat YB ADUN Bertam telah mengenalpasti rumah seorang warga emas iaitu En. Zainol bin Mat yang beralamat di 7456, Kg. Permatang Manggis, Bertam. Majlis Pelancaran telah diadakan pada 29 Julai 2017 dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican selaku Ahli Parlimen Kepala Batas. Majlis turut dihadiri oleh ADUN Bertam iaitu YB Shariful Azhar bin Othman, ADUN Pinang Tunggal iaitu YB Dato’ Roslan bin Saidin, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Permatang Manggis, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, GiatMARA Pulau Pinang, Kolej Komuniti Seberang Jaya serta masyarakat setempat. Majlis dimulakan dengan acara mengecat dinding rumah dan diteruskan dengan kerja-kerja menggantikan bumbung serta lantai yang rosak dan pendawaian semula elektrik. Pelaksanaan projek secara gotong royong yang melibatkan beberapa agensi kerajaan ini adalah selaras dengan konsep NBOS yang dihasratkan oleh Kerajaan Persekutuan. Program ini telah berjaya mewujudkan jaringan kerjasama pelbagai pihak selain mengoptimumkan sumber sedia ada di peringkat jabatan, meningkatkan produktiviti dan merapatkan jurang sosial di antara pelbagai golongan masyarakat.


Sementara itu di parlimen Tasek Gelugor, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan telah mengenalpasti KIR eKasih yang juga seorang warga emas iaitu En. Azidin bin Awang Teh yang beralamat di 725, Kg. Jarak Atas, Tasek Gelugor sebagai salah seorang penerima bantuan projek baik pulih rumah di bawah Projek Touch Points ICU JPM bagi tahun 2017. Pada masa yang sama, rumah KIR tersebut juga dipilih sebagai lokasi bagi Majlis Pelancaran Projek Baik Pulih Peringkat Parlimen Tasek Gelugor yang telah diadakan pada 29 Julai 2017. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ADUN Permatang Berangan iaitu YB Dato’ Haji Omar bin Haji Abd Hamid, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Bukit Tok Alang, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, GiatMARA Pulau Pinang, Kolej Komuniti Seberang Jaya serta penduduk-penduduk dari kawasan sekitar. Kerja-kerja awal telah dimulakan dengan menggantikan bumbung yang rosak, mengecat semula dinding rumah dan pendawaian semula elektrik. Projek ini dilaksanakan secara gotong royong serta melibatkan pelbagai jabatan dan agensi persekutuan selain penglibatan Pemimpin Persekutuan Tempatan dan juga sukarelawan / pelajar daripada institusi latihan seperti GiatMARA dan Kolej Komuniti. Projek ini bertujuan memberikan keselesaan kepada golongan sasar dengan membaik pulih beberapa komponen rumah yang usang atau rosak selain kerosakan yang diakibatkan oleh bencana alam atau musibah.

 

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 1 Ogos 2017