1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA SEBUAH DEWAN SERBAGUNA MASYARAKAT KAWASAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG OLEH PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG KEPADA JAWATANKUASA SEMENTERA PENGURUSAN DEWAN SERBAGUNA MASYARAKAT NIBONG TEBAL PADA 19 JULAI 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

19 Julai 2017 : Satu Majlis Penyerahan Projek Membina Sebuah Dewan Serbaguna Masyarakat Kawasan Nibong Tebal oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) Kepada Jawatankuasa Sementara Pengurusan Dewan telah diadakan di ruang dalam dewan tersebut yang baru siap dibina. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu telah menerima kunjungan khas daripada YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Turut serta menjayakan majlis ini adalah YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Encik Zulkifli bin Rashid, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Pembangunan Fizikal), YBrs. Encik Asuat bin Ahmad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) wakil dari Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, wakil dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri Pulau Pinang, Pegawai-pegawai dari PPPPP serta masyarakat setempat dari JKKKP Seri Permatang. Dalam majlis ringkas ini YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah yang mewakili PPPPP telah menandatangani dan menyerahkan dokumen penyerahan projek kepada wakil Jawatankuasa Sementera Pengurusan Dewan iaitu YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria. Sebelum itu, YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah ICU JPM, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang serta semua hadirin yang hadir telah dibawa meninjau sekitar bangunan dan kemudahan yang terdapat pada dewan ini. Dewan yang dibina dengan kos sebanyak RM 4.0 Juta ini telah dipersetujui untuk diberi nama Dewan Dato’ Haji Ahmad Salleh. YB. Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, telah melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutamanya YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah ICU JPM dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang kerana telah meluluskan peruntukan dan memantau keseluruhan perjalanan pembinaan dewan sehingga ianya siap sepenuhnya. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua tetamu di atas kesudian menghadirkan diri pada majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna ini.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 21 Julai 2017