1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LARIAN OBOR KUALA LUMPUR 2017 SEMPENA KEJOHANAN SUKAN SEA KE-29 DAN SUKAN PARA ASEAN KE-9 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

3 Julai 2017 : Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 3 Julai 2017 sehingga 6 Julai 2017 bersempena penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Pulau Pinang adalah merupakan negeri kesembilan dalam siri jelajah larian obor KL2017 di setiap negeri di seluruh negara yang bermula dari 14 Mei 2017 di Johor dan berakhir pada 12 Ogos 2017 di Kuala Lumpur. Bagi negeri Pulau Pinang, larian obor KL2017 dimulakan dengan enam perenang membawa baton obor merentasi Pantai Jerejak dan tiba di Jeti Markas Pasukan Polis Marin Batu Uban. Baton obor diserahkan kepada YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang yang mengetuai kira-kira 800 peserta membawa baton obor menuju ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban. Larian obor ini diadakan di semua peringkat kawasan Parlimen di Pulau Pinang yang mana larian ini berakhir di Parlimen Nibong Tebal pada 6 Julai 2017 dan serahan baton obor dibuat kepada wakil pemimpim/peserta di Parlimen Parit Buntar, Perak. Penyertaan larian obor di Pulau Pinang telah mendapat sambutan menyeluruh dari semua barisan kepimpinan dan lapisan masyarakat tempatan antaranya Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Kanan Kerajaan, warga OKU, IPTA, IPTS dan NGO. Larian Obor ini telah berjaya menyemarakkan semangat rakyat di Pulau Pinang untuk bersama-sama menyokong sambutan temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Ogos nanti.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 10 Julai 2017