1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG BIL 3 TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

20 Jun 2017 : Majlis Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil. 3 Tahun 2017 telah berlangsung dengan kehadiran semua warga 5P bertempat di Anjung Putra, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. YBrs. Tuan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah berkesempatan menyampaikan amanat beliau dengan menekankan bahawa tahun 2017 merupakan tahun penyampaian (year of delivery) oleh penjawat awam. Sehubungan itu, fokus penyampaian bukan sahaja melibatkan aspek fizikal, malah turut meliputi cara dan nilai penyampaian kepada rakyat. Maka dalam merakyatkan perkhidmatan awam, elemen sentuhan kemanusiaan perlulah diterapkan melalui sikap empati dan cakna. Sebagai contoh, perkhidmatan di kaunter wajar diteruskan sehingga pelanggan terakhir walaupun masa sudah melewati waktu bekerja. Konsep turun padang dan amalan kaedah search and serve hendaklah sentiasa dititikberatkan demi menawarkan perkhidmatan kita kepada rakyat. Selain itu, 6 prinsip ini perlu dihayati dan dijadikan panduan oleh penjawat awam khususnya warga ICU iaitu Reformist Mentality, Independence of Mind, Justice for Humanity, Respect for Work Ethics, Passion of Work dan Performance Satisfaction. Bagi memanfaatkan hari terakhir di bulan Ramadhan ini, majlis diisikan dengan ceramah agama oleh YBhg. Ustaz Yusof Bin Yaacob, Penolong Pengarah Unit Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang membawakan tajuk “Ramadan Dimuliakan, Syawal Diraikan”. Perhimpunan Bulanan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Bil. 3 Tahun 2017 selesai pada jam 12.30 tengahari.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 23 Jun 2017