1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN LAMPU-LAMPU JALAN KAMPUNG (LJK)FASA 8 DI LUAR BANDAR BAGI NEGERI PULAU PINANG PADA 19 JUN 2017 DI MASJID KAMPUNG BESAR, NIBONG TEBAL

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 19 Jun 2017, Majlis Pelancaran projek Pemasangan dan Penyenggaraan Lampu-Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 8 di Luar Bandar Bagi Negeri Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Masjid Kampung Besar, Nibong Tebal. YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin b. Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang telah merasmikan majlis Pelancaran tersebut. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut YB Dato' Mahmud Bin Zakaria, ADUN Sungai Acheh, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang dan Dato’ Ir. Lim Yew Soon, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pengguna) Tenaga Nasional Berhad (TNB). Negeri Pulau Pinang telah menerima sebanyak 8940 unit LJK dari Fasa 1 hingga 7 LJK yang telah siap dipasang di 962 kampung dengan kos sebanyak RM 4.32 juta. Bagi LJK Fasa 8, sebanyak 6,639 unit (6,500 Lampu HPSV dan 139 Lampu LED) dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM 6 juta telah dikhususkan untuk negeri Pulau Pinang. Projek usahasama TNB dan KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2002 sehingga kini bertujuan untuk menceriakan kawasan kampung agar segala kegiatan ekonomi, sosial dan riadah dapat dijalankan pada waktu malam dengan selesa dan selamat. Inisiatif bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar oleh Kerajaan ini menjamin penduduk agar dapat menikmati kehidupan dengan lebih selesa dan tenteram.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 23 Jun 2017