1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

7 & 8 Jun 2017: Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (SKR, PPPPP) dengan kerjasama PUSPANITA Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Hari Raya Aidil Fitri Kepada Isi Rumah Berpendapatan Rendah Negeri Pulau Pinang melibatkan 60 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dan eKasih sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis telah diadakan di dua (2) lokasi iaitu di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Jalan Bharu dan Pasaraya Mydin Bertam, Bandar Putra Bertam. Majlis ini bertujuan meraikan anak-anak yang kurang berkemampuan di samping membantu meringankan beban keluarga masing-masing dalam persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba. Kanak-kanak berkenaan menerima sumbangan berbentuk pakaian raya manakala ibu bapa menerima sumbangan duit raya dan kuih raya. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Pelaksanaan majlis seumpama ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan dengan masyarakat yang kurang berkemampuan selain menyampaikan bantuan atau sumbangan secara terus kepada golongan sasar.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 16 Jun 2017