1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TURUN PADANG DAN TINJAUAN PROJEK PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI PULAU PINANG KE PARLIMEN NIBONG TEBAL PADA 2 JUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

2 Jun 2017 – Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah telah mengadakan satu lawatan turun padang untuk meninjau kemajuan terkini Projek Membina Sebuah Dewan Serbaguna Masyarakat Di Kawasan Nibong Tebal. Lawatan ini turut disertai oleh Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Pembangunan Fizikal), En. Zulkifli bin Rashid serta beberapa orang pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Projek yang memasuki fasa akhir pembinaan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Jun 2017. Semasa lawatan tersebut, YBrs. PKN Pulau Pinang telah mengingatkan pihak kontraktor supaya menitikberatkan isu kualiti kerja serta menekankan agar kerja-kerja akhir seperti pendawaian elektrik, penurapan dataran serta kemasan akhir dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual perancangan. Lawatan susulan akan dibuat pada 15 Jun 2017 untuk memastikan kerja-kerja siap sepenuhnya dan projek dapat diserahkan untuk kegunaan orang ramai dalam waktu terdekat terutamanya dalam menyambut musim perayaan yang bakal tiba. Lawatan diteruskan ke Projek Membina Kiosk di Sungai Baung, Seberang Perai Selatan yang dilaksanakan di bawah Projek BP01. Projek yang menyediakan 3 unit kiosk perniagaan itu hanya tinggal kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik dan air sebelum dapat diserahkan kepada pemohon projek.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 6 Jun 2017