1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS SUMBANGAN DAN BANTUAN MENGIMARAH EHYA RAMADHAN KEPADA MASJID DAN SURAU DALAM PARLIMEN NIBONG TEBAL PADA 22 MEI 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

22 Mei 2017, telah diadakan Majlis Sumbangan Dan Bantuan Mengimarah Ehya Ramadhan Kepada Masjid Dan Surau Dalam Parlimen Nibong Tebal bertempat di Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Majlis bermula selepas solat Asar dan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang. Majlis turut dihadiri oleh YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, YBrs. Tuan Zulkifli bin Rashid, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (Pembangunan Fizikal), YBrs. Tuan Mohd. Hafiz Aswad bin Nadzri, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (Pengurusan dan Pembangunan Masyarakat), YBrs. Tuan Asuat bin Ahmad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) dan YBrs. Tuan Mohd Ali bin Haji Sebran, Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan. Dalam majlis ini, sebanyak 22 buah masjid dan 67 buah surau dalam parlimen Nibong Tebal telah menerima sumbangan pada majlis tersebut. Kehadiran pengerusi-pengerusi qaryah masjid dan juga wakil-wakil untuk menerima sumbangan serta penduduk tempatan begitu memberangsangkan dan ini secara langsung menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap usaha-usaha Kerajaan Persekutuan dalam menegakkan syiar Islam di Pulau Pinang. Adalah diharapkan agar sumbangan seumpama ini akan dapat membantu mengimarahkan masjid-masjid serta surau-surau di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia. Terdahulu pada 18 Mei 2017, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah mengagihkan cek sumbangan kepada 211 buah masjid di Pulau Pinang yang mempunyai qaryah dan ianya disalurkan melalui YB Ahli Parlimen dan Pemimpin Persekutuan di kesemua 13 kawasan parlimen. Jumlah peruntukan yang diagihkan adalah sebanyak RM211,000.00. Penyampaian kepada wakil Pusat Khidmat Parlimen Persekutuan telah disempurnakan oleh Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah. Dalam ucapan ringkas beliau, Tuan Pegawai Kemajuan Negeri berharap agar sumbangan ini dapat membantu mengimarahkan lagi masjid-masjid sempena bulan Ramadhan tahun ini.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 25 Mei 2017