1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN SURAU AL-MUBARAK, KAMPUNG AIR MELINTAS BESAR, PINANG TUNGGAL, KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 21 Mei 2017 (Ahad), Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Air Melintas Besar serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (5P) telah mengadakan majlis perasmian bagi Surau Al-Mubarak, Kampung Air Melintas Besar yang telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican. Surau berkenaan telah dinaiktaraf dengan kos RM240,000.00 melalui peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) Parlimen Kepala Batas. Surau ini mempunyai kapasiti untuk memuatkan sehingga 140 orang jemaah. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Roslan bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal, YB Haji Shariful Azhar bin Othman, ADUN Bertam, Ybrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Encik Zulkifli bin Rashid, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Pembangunan Fizikal), Encik Syaharudin Shah bin Mohd Noor, Pegawai Kemajuan Daerah (Zon Seberang Perai), Pegawai-pegawai 5P, Pemimpin Persekutuan Tempatan serta hampir 100 orang penduduk Kampung Air Melintas Besar. Majlis dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz jemputan dan diikuti dengan majlis perasmian oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican. Selepas majlis perasmian, kenduri rakyat juga turut diadakan. YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican turut mengumumkan pemberian peruntukan kepada JKKKP Kampung Air Melintas Besar bagi memasang empat (4) unit alat penyaman udara untuk keselesaan qariah surau berkenaan.

Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Seberang Perai)

Tarikh Kemaskini : 25 Mei 2017