1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

SESI RAMAH MESRA YBHG. DATUK SERI AHMAD ZAKI ANSORE BIN MOHD YUSOF KETUA PENGARAH ICU JPM BERSAMA WARGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Sesi Ramah Mesra YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah diadakan pada 04 Mei 2017 (Khamis), jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Perdana. Sesi ini telah dihadiri oleh semua warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang mengalu-alukan kedatangan YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah ICU, JPM ke Negeri Pulau Pinang. “Demi mencapai objektif perjuangan sebagai penjawat awam khususnya warga ICU, JPM, 6 prinsip ini perlu dihayati dan diterjemahkan bersama secara teamwork; Reformist Mentality, Independence of Mind, Justice for Humanity, Respect for Work Ethics, Passion of Work and Performance Satisfaction. Ianya perlu sentiasa dijadikan panduan kita selaku penjawat awam yang telah dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat di negara ini". Demikian adalah antara intipati ucapan YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) semasa Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. Kesempatan selama sejam setengah ini telah dijadikan platform untuk semua warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang untuk bersua secara terus dan bertukar-tukar pendapat serta mendapatkan nasihat daripada YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah, ICU JPM dalam suasana yang santai.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 8 Mei 2017