1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN PERSEKUTUAN NEGERI (MTPNg) PULAU PINANG BILANGAN 3 TAHUN 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

4 Mei 2017 - Bertempat di Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang Bilangan 3 Tahun 2017 telah diadakan dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Mesyurat kali ketiga ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), YB Dato' Seri Dr. Haji Hilmi Bin Haji Yahaya, Ahli Parlimen Balik Pulau Merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Ahli-Ahli Dewan Udnangan Negeri (ADUN) Persekutuan, ketua-ketua dan wakil-wakil Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan serta Badan-Badan Berkanun Persekutuan. Pada mesyuarat kali ini, sebanyak enam kertas pembentangan telah dibentangkan dan dibincangkan yang melibatkan isu-isu kesejahteraan rakyat dan pelaksanaan projek-projek fizikal di Pulau Pinang. Mesyuarat ini juga adalah medium untuk menyuarakan pandangan dan platform untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal-hal berkaitan pembangunan di Negeri Pulau Pinang bagi memastikan semua perkara dapat diselesaikan diperingkat akar umbi. Diakhir mesyurat ini, Pengerusi MTPNg telah menyempurnakan pelancaran risalah penerangan “Inisiatif, Peruntukan Dan Ikhtiar Murni Kerajaan Persekutuan Demi Mensejahterakan Rakyat Pulau Pinang, Pencapaian Tahun 2008 Hingga 2017”. Risalah ini mengandungi maklumat dan informasi berkenaan inisiatif dan peruntukan Kerajaan Persekutuan sejak dari tahun 2008-2017 termasuklah inisiatif-inisiatif yang telah diumumkan Kerajaan di dalam Bajet 2017.

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas

Tarikh Kemaskini : 8 Mei 2017