1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM GOTONG ROYONG JOM BANTU RAKYAT DI PARLIMEN BALIK PULAU PADA 23 APRIL 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 23 April 2017 (Ahad) Pejabat Pembangunan Daerah Zon Pulau telah menganjurkan Program Gotong Royong Jom Bantu Rakyat Parlimen Balik Pulau di Perkarangan Rumah Pangsa Taman Sri Indah, Balik Pulau. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Balik Pulau, JKKKP Sri Indah dan Persatuan Penduduk Taman Sri Indah telah berlangsung dengan meriah dan berjaya menarik penyertaan warga rumah pangsa tersebut melalui pelbagai aktiviti antaranya senamrobik, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Selain aktiviti utama iaitu gotong royong membersihkan kawasan perumahan tersebut, beberapa perkhidmatan kaunter turut disediakan oleh jabatan/agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya,Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya serta perkhidmatan servis motosikal percuma oleh Giat Mara. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Sr Muhammad Farid bin Saad, ADUN Pulau Betong dan YBhg Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Pada program tersebut YB Ahli Parlimen Balik Pulau turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barnagan keperluan harian kepada 15 orang penerima yang terdiri daripada warga emas, pelajar, ibu tunggal, pesara dan mereka yang berdaftar di bawah eKasih.

Sumber : Pejabat Zon Pulau

Tarikh Kemaskini : 26 April 2017