1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TURUN PADANG DAN TINJAUAN PROJEK DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN (SPS) DAN SEBERANG PERAI UTARA (SPU) PADA 17 MAC 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

17 Mac 2017, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang telah mengadakan satu lawatan turun padang dan tinjauan projek disekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Utara (SPU). Lawatan ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Harridzan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Seksyen Teknikal), Encik Azuar Shahnaz bin Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Projek Khas) dan juga pihak kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut. Sebanyak Tiga (3) projek telah dilawati iaitu satu (1) projek di daerah SPS dan dua (2) projek di daerah SPU. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

 

1) Membina Sebuah Dewan Serbaguna Permatang Keling, Nibong Tebal, SPS

2) Membina Baru Masjid Kubang Ulu, Permatang Pauh, Pulau Pinang, SPU

3) Menaiktaraf Masjid Padang Benggali, Kepala Batas, Pulau Pinang, SPU

 

Hasil dari lawatan turun padang dan tinjauan projek ini mendapati status keseluruhan projek-projek yang dilaksanakan adalah berjalan lancar dan mengikut jadual perancangan. Dalam lawatan ini, YBrs. PKN Pulau Pinang telah mengingatkan pihak kontraktor supaya menitikberatkan isu kualiti dan kekemasan kerja. Beliau juga turut melahirkan rasa berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan projek yang dilaksanakan dan berharap dengan siapnya projek-projek ini kelak, ianya dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

 

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 22 Mac 2017

17 Mac 2017, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (PKN) Pulau Pinang telah mengadakan satu lawatan turun padang dan tinjauan projek disekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Utara (SPU). Lawatan ini turut dihadiri oleh Encik Muhammad Harridzan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Seksyen Teknikal), Encik Azuar Shahnaz bin Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah (Seksyen Projek Khas) dan juga pihak kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut. Sebanyak Tiga (3) projek telah dilawati iaitu satu (1) projek di daerah SPS dan dua (2) projek di daerah SPU. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut. Hasil dari lawatan turun padang dan tinjauan projek ini mendapati status keseluruhan projek-projek yang dilaksanakan adalah berjalan lancar dan mengikut jadual perancangan. Dalam lawatan ini, YBrs. PKN Pulau Pinang telah mengingatkan pihak kontraktor supaya menitikberatkan isu kualiti dan kekemasan kerja. Beliau juga turut melahirkan rasa berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan projek yang dilaksanakan dan berharap dengan siapnya projek-projek ini kelak, ianya dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.