1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN TAPAK BAGI PERMOHONAN PERUNTUKAN MEMBINA BARU MASJID QARYAH BANDAR TASEK MUTIARA (MASJID ABU UBAIDAH IBNI AL-JARRAH), SEBERANG PERAI SELATAN PADA 3 MAC 2017

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 3 Mac 2017, telah diadakan satu lawatan tapak bagi permohonan peruntukan membina baru Masjid Qaryah Bandar Tasek Mutiara (Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah), Seberang Perai Selatan. Lawatan ini telah dimulakan dengan satu mesyuarat tapak bertempat di Surau Al-Ikhwan, Bandar Tasek Mutiara yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman selaku Pengerusi MTPNG Pulau Pinang. Turut sama menghadiri adalah YB. Dato’ Mahmud bin Zakaria, ADUN Sungai Acheh, YBhg. Dato’ Haji Sazali bin Hussein, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBrs Tuan Syed Syaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, pegawai-pegawai daripada Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang serta ahli-ahli Jawatankuasa Qaryah Masjid Bandar Tasek Mutiara. Mesyuarat membincangkan mengenai perbentangan kertas kerja permohonan peruntukan projek tersebut dan disudahi dengan satu jamuan ringkas di perkarangan surau. YBhg. Pengerusi MTPNg Pulau Pinang juga berbesar hati mengumumkan peruntukan segera berjumlah RM10,000.00 bagi menjalankan aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan di Surau Al-Ikhwan. Seterusnya semua ahli mesyuarat dibawa untuk melawat dan meninjau ke kawasan tapak cadangan permohonan tersebut. Ucapan dari pengerusi Jawatankuasa Qaryah mengharapkan permohonan ini dapat diluluskan supaya dengan pembinaan sebuah masjid baru di kawasan tersebut dapat memberikan kemudahan dan keselesaan bagi masyarakat setempat dalam menunaikan ibadah agama.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 17 Mac 2017