1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK TABUNG PENYELENGGARAAN 1MALAYSIA (TP1M) DI KAWASAN PARLIMEN BALIK PULAU, PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

9 Januari 2017 - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama pusat khidmat Ahli Parlimen Balik Pulau telah menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) 2016 di dua lokasi projek iaitu di kawasan perumahan Rumah Pangsa Mutiara Perdana 1, Bayan Lepas dan kawasan perumahan Pangsapuri Taman Desa Genting, Balik Pulau. Pihak pengurusan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body - JMB) kedua-dua rumah pangsa tesebut turut bekerjasama bagi menjayakan kedua-dua majlis ini. Majlis penyerahan bagi kedua-dua projek tersebut telah disempunakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau dan dihadiri oleh YB Datuk Hj SR Muhammad Farid bin Saad, ADUN Pulau Betong, YB Tn Hj Nordin bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, dan YBhg. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Dalam majlis ini telah diadakan sesi penyerahan dokumen projek oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (selaku pelaksana projek) kepada pihak JMB kedua-dua kawasan perumahan berkenaan yang telah disaksikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahaya sendiri. Skop projek yang telah di laksanakan di kedua-dua kawasan perumahan tersebut merangkumi kerja-kerja mengganti baru tangki air dan sistem retikulasi di dua blok Rumah Pangsa Mutiara Perdana 1 dan kerja-kerja mengecat di tiga blok Pangsapuri Taman Desa Genting dengan kos keseluruhan sebanyak RM 1.5 Juta. Kedua-dua projek ini telah memberi keselesaan dan manfaat kepada 975 unit rumah dan 5,025 orang penduduk. Di akhir majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan berbentuk peralatan sekolah kepada 10 orang pelajar Tabika KEMAS Mutiara Perdana 1 dan sumbangan barangan keperluan harian kepada 15 orang penduduk miskin di Taman Desa Genting.

Sumber : Pejabat Pembangunan Daerah (Pulau)

Tarikh Kemaskini : 10 Januari 2017