1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) PERINGKAT NASIONAL TAHUN 2015 PADA 3 - 6 DISEMBER 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional tahun 2015 yang diadakan di MITC, Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan disertai oleh semua negeri termasuk agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan khususnya program SDSI. Showcase ini berlangsung selama 4 hari bermula 3 hingga 6 Disember 2015. Jawatankuasa SDSI Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianggotai oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Negeri Pulau Pinang (PERDA), Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputra Pulau Pinang, MARA, FAMA, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan LKIM Pulau Pinang telah bersetuju untuk mencalonkan 16 usahawan SDSI daripada pelbagai kluster dan seorang pengusaha homestay iaitu Homestay Mengkuang Titi, Bukit Mertajam untuk menyertai showcase kali ini. Usahawan yang terlibat ialah AFA Food Sdn Bhd (Kacang Panggang), Aida Chocs Enterprise (Produk Berasaskan Coklat), Perusahaan Al Khalifah (Minuman Coklat), Teratak Coklat (Biskut Coklat), Ghoniyyun Sdn.Bhd. (Tepung Goreng Serbaguna), D'qis Enterprise (Pelbagai Acar), Mutiara Mangga Enterprise (Jeruk), Terang Bulan Food Industries (M) Sdn Bhd (Kopi Pra Campuran), MTC Advance Marketing Sdn. Bhd (Produk berasaskan Madu Lebah), Sri Lees Enterprise (Jus Kurma-Pegaga), Millions Stars Trading (Produk Herba), Tropica Bioherb Industries (Produk Kesihatan & Penjagaan Diri), ABM Zulaikha Sdn. Bhd. (Songkok), Jati Indah Mulia Enterprise (Produk Kayu Jati), Jago Mutiara Enterprise (Capal) dan Maskraf (Produk Logam, Cincin Hiasan Lelaki).

 

Showcase kali ini telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 5 Disember 2015 manakala Majlis Perasmian Penutupan pula telah disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslanpada 6 Disember 2015. Seramai empat (4) orang usahawan SDSI Negeri Pulau Pinang berjaya memenangi anugerah utama selain kategori produk / perkhidmatan terbaik. Usahawan terlibat ialah MTC Advance Marketing Sdn. Bhd. yang memenangi Anugerah Usahawan Cemerlang SDSI tahun 2015 bagi Kluster Produk / Perkhidmatan Kesihatan manakala usahawan jeruk madu iaitu Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. pula memenangi Anugerah Usahawan Cemerlang SDSI Tahun 2015 bagi Kluster Makanan / Minuman. Bagi kategori produk terbaik, Tempat Kedua bagi Kategori Produk Kesihatan Terbaik Showcase SDSI 2015 dimenangi oleh Millions Stars Trading manakala Usahawan Harapan Showcase SDSI 2015 pula dimenangi oleh AFA Foods Sdn. Bhd. Sepanjang program berlangsung, para usahawan berpeluang mempromosi serta memasarkan produk serta barangan masing-masing dengan lebih meluas dengan penyertaan ke sesi Pemadanan Perniagaan (Business Matching), Klinik Usahawan serta Incoming Buying Mission yang melibatkan para pembeli dari luar negara seperti China, Thailand, Jepun dan sebagainya selain pembeli dari dalam negara. Showcase ini mendapat sambutan memberangsangkan serta dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari luar dan dalam negara. Secara keseluruhan, pempamer dari Negeri Pulau Pinang berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM119,259.00 sepanjang 4 hari showcase berlangsung.

 

Sumber : Seksyen Pembangunan Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 16 Disember 2015

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional tahun 2015 yang diadakan di MITC, Melaka merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan disertai oleh semua negeri termasuk agensi-agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan khususnya program SDSI. Showcase ini berlangsung selama 4 hari bermula 3 hingga 6 Disember 2015.