1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI PADANG TAMAN DESA KUALA MUDA, PENAGA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG PADA 5 SEPTEMBER 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak ataupun lebih dikenali dengan Mobile Community Transformation Centre (CTC) merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Mobile CTC diperkenalkan sebagai satu platform kepada rakyat terutamanya penduduk luar Bandar dan Pingiran bandar untuk mendapatkan perkhidmatan utama Kerajaan, penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Pada 5 September 2015 bertempat di Padang Taman Desa Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, Kementerian Kewangan Malaysia dengan Kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah menganjurkan Program Mobile CTC peringkat negeri Pulau Pinang untuk kali ketiga bagi tahun 2015. Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Imigresen telah mengambil bahagian untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Kawasan Dewan Undangan Negeri Penaga khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri. Turut hadir ialah YB Datuk Mohd Zain bin Ahmad, ADUN Penaga, YB Datuk Roslan bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal, YB Shariful Azhar bin Othman, ADUN Bertam, YB Muhamad Yusoff bin Mohd Noor, ADUN Sungai Dua, YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Encik Kamarul Azlan bin Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 8 September 2015