1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MALAM SEHATI SEJIWA, SAYANGI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG PADA 30 OGOS 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 30 Ogos 2014, Program Malam Sehati Sejiwa, Sayangi Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2015 telah diadakan di Kawasan Rehat Dan Rawat Lingkaran Luar Butterworth, Bagan Ajam (R&R BORR). Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Pulau Pinang. Turut Hadir ialah YB Datuk Shabudin bin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Dato’ Hjh. Jahara bt. Hamid, ADUN Telok Ayer Tawar, YB Muhamad Yusoff bin Mohd Noor, ADUN Sungai Dua, YBrs. Tuan Syed, Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Pulau Pinang, Para Pemimpin Persekutuan Tempatan Pulau Pinang dan rakyat negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai program telah dianjurkan antaranya Pertandingan Karaoke Merdeka, Pameran Kereta dan Motor Merdeka, Kayuhan Santai Sehati Sejiwa, Aero Jam Sayangi Malaysia, Kembara Jalur Gemilang, Explorace Sehati Sejiwa dan banyak lagi. Kemuncak kepada program ini, satu upacara menaikkan bendera oleh Rejimen 509 Pulau Pinang dan Nyanyian lagu Negaraku telah diadakan sejurus menjelang detik 12 malam. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi MTPNg menyatakan bahawa tema yang telah dipilih iaitu “Sehati Sejiwa” amatlah bertepatan dengan semangat sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusia seluruh rakyat Malaysia.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 1 September 2015