1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN MOBILE TEAM PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA 14 JULAI 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

Pada 14Julai 2015, Nibong Tebal - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah mengadakan lawatan Mobile Team ke rumah tujuh (7) orang Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal. Lawatan ini turut disertai YB Dato' Haji Mahmud bin Zakaria, ADUN Kawasan Sungai Acheh. Sempena lawatan tersebut, PPPPP dan YB ADUN telah menyerahkan sumbangan berupa baucer tunai bernilai RM150.00 sebagai sumbangan ehsan bagi meringankan keluarga KIR dalam menyambut Hari Raya AidilFitri yang bakal tiba. Pelaksanaan program mobile team ini bertujuan melaksanakan proses pemutihan dan verifikasi keatas KIR eKasih selain menghulurkan bantuan secara terus kepada golongan sasar iaitu KIR miskin dan miskin tegar yang telah dikenalpasti. Pelaksanaan program mobile team ini melibatkan kerjasama di antara Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan serta Pemimpin Persekutuan Tempatan bertujuan mendekati golongan yang kurang bernasib baik dalam usaha mengenal pasti bantuan yang bersesuaian.

 

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 15 Julai 2015

Pada 14Julai 2015, Nibong Tebal - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah mengadakan lawatan Mobile Team ke rumah tujuh (7) orang Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, NibongTebal. Lawatan ini turut disertai YB Dato' Haji Mahmud bin Zakaria, ADUN Kawasan Sungai Acheh. Sempena lawatan tersebut, PPPPP dan YB ADUN telah menyerahkan sumbangan berupa baucer tunai bernilai RM150.00 sebagai sumbangan ehsan bagi meringankan keluarga KIR dalam menyambut Hari Raya AidilFitri yang bakal tiba. Pelaksanaan program mobile team ini bertujuan melaksanakan proses pemutihan dan verifikasi keatas KIR eKasih selain menghulurkan bantuan secara terus kepada golongan sasar iaitu KIR miskin dan miskin tegar yang telah dikenalpasti. Pelaksanaan program mobile team ini melibatkan kerjasama di antara Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan serta Pemimpin Persekutuan Tempatan bertujuan mendekati golongan yang kurang bernasib baik dalam usaha mengenal pasti bantuan yang bersesuaian.