1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN MASJID TIMAH KAMPUNG BELAH DUA PADA 10 JULAI 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada hari Jumaat, 10 Julai 2015, Majlis Perasmian Masjid Timah, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, Pulau Pinang telah diadakan dan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya,Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Dato' Haji Roslan Bin Saidin, ADUN Pinang Tunggal, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang,pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta anak Qaryah Masjid Timah / Kampung Belah Dua. Projek ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM3.83 juta di mana RM2.93juta merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala RM0.9 juta dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP). Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 18 bulan bermula pada 19 Ogos 2013 dan siap sepenuhnya pada 19 Februari. Masjid yang serba indah ini mampu memuatkan kira-kira 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan meneruskan legasi Kampung Timah dengan menggunakan imej “Timah”di dalam rekaan dan pilihan warna masjid.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 15 Julai 2015