1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

LAWATAN MOBILE TEAM PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PADA 8 JULAI 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 8 Julai 2015, Sungai Dua - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah mengadakan lawatan mobile team ke rumah sembilan (9) orang Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Butterworth. Lawatan ini turut disertai oleh YB Muhamad Yusoff bin Mohd Noor, ADUN Kawasan Sungai Dua, En. Ahmad Luthuffi bin Othman dan En. Mohamad Adnan bin Abdullah, pegawai dari Giat MARA Pulau Pinang. Sempena lawatan tersebut, PPPPP dan YB ADUN telah menyerahkan sumbangan berupa baucer tunai bernilai RM150.00 sebagai persiapan menyambut Hari Raya AidilFitri. Pelaksanaan program ini bertujuan melaksanakan proses pemutihan maklumat eKasih selain mengenal pasti bantuan yang boleh disalurkan secara terus kepada KIR miskin dan miskin tegar yang layak. Selain itu, pelaksanaan program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan di antara Jabatan / Agensi Kerajaan Persekutuan dengan Pemimpin Persekutuan Tempatan di samping mendekati golongan kurang bernasib baik yang memerlukan perhatian serta bantuan sewajarnya.

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat

Tarikh Kemaskini : 15 Julai 2015