1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MOREH UNTUK MASJID-MASJID DI KAWASAN PARLIMEN NIBONG TEBAL SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H PADA 16 JUN 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan (SPS)- Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1436H, satu Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh Ramadhan kepada 21 buah masjid dan 59 buah surau di Kawasan Parlimen Nibong Tebal telah diadakan pada 16 Jun 2015 (Selasa) bertempat di Masjid Jamek Nibong Tebal. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg). Sumbangan moreh sebanyak RM1,000.00 ini merupakan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan kepada 209 buah masjid di Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini . Dalam majlis tersebut juga, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin turut menyampaikan sumbangan kepada sepuluh 10 orang penerima bantuan sewa rumah di kawasan Nibong Tebal. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah YB Dato’ Mahmud bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh. Semoga dengan sumbangan moreh yang diberikan dapat mengimarahkan masjid-masjid dengan amal ibadah dan kebajikan.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 17 Jun 2015