1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS RAMAH MESRA PENOLONG PENDAFTAR PEMILIH BERSAMA YBHG. DATUK SERI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN PENGERUSI MTPNg PULAU PINANG PADA 13 JUN 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 13 Jun 2015 (Sabtu) Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (ICU) dengan kerjasama pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah berjaya melantik seramai 248 orang sebagai Penolong Pendaftar Pemilih di kalangan Pengerusi dan Setiausaha JKKKP Negeri Pulau Pinang. Majlis ini berlangsung di Dewan Seri Mutiara Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh . Majlis Ramah Mesra Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Ismail Bin Harun (Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang), YB. Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya (Parlimen Tasek Gelugor), YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor (Adun Sungai Dua), YB. Dato’ Mahmud Bin Zakaria (Adun Sungai Acheh), dan YBrs. Datuk Ir. Mansor Bin Musa (Ketua Bahagian Bayan Baru). Dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman telah menyampaikan sijil dan kad kuasa kepada 10 orang sebagai simbolik bagi merasmikan majlis tersebut. Program ini dimulakan dengan taklimat yang disampikan oleh penceramah jemputan. Tujuan program ini diadakan adalah menerangkan tentang peranan dan tanggungjawab Penolong Pendaftar Pemilih bagi membantu pihak SPR untukmengenal pasti dan mendaftarkan mana-mana warganegara yang layak di sisi undang-undang sebagai pemilih. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 2.00 petang. Dalam pada itu, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 16 Jun 2015