1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM SATU KOMUNITI SATU JPJ WACANA WARGA EMAS PARLIMEN PERMATANG PAUH PADA 7 JUN 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pada 7 Jun 2015, YBhg Dato’ Haji Yusof bin Ayob, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) telah merasmikan Majlis Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ Wacana Warga Emas di Dewan Terbuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seberang Jaya, Pulau Pinang. Majlis ini dimulakan dengan Tabik Hormat Pemeriksaan Kawad Perbarisan oleh YBhg Dato’ Haji Yusof bin Ayob dan diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, Bina JPJ dan 1 Malaysia yang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir JPJ. Dalam ucapan oleh YBhg Dato’ Haji Yusof bin Ayob, beliau menegaskan bahawa program ini diadakan yang bertujuan memberi kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar melalui pelbagai aktiviti jabatan dan memupuk kesedaran tentang undang-undang keselamatan jalan raya disamping membantu warga ini mendapat lesen memandu kelas B2. Pada majlis tersebut, YBhg Dato’ Haji Yusof bin Ayob juga telah menyampaikan Lesen P kepada 3 orang peserta SKSJ sebagai tanda simbolik daripada jumlah keseluruhan sebanyak 96 orang peserta. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Pengarah JPJ Pulau Pinang dan Pegawai BTN Negeri Pulau Pinang. Dalam pada itu, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada JPJ Pulau Pinang dan semua pihak yang bekerja keras secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan Program Khas SKSJ ini.

Sumber : Seksyen Pembangunan Masyarakat & Institusi

Tarikh Kemaskini : 16 Jun 2015