1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

SESI PERJUMPAAN KHAS YBHG. DATO' AHMAD ZAKI ANSORE MOHD YUSOF, KETUA PENGARAH ICU JPM BERSAMA WARGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

 

“Saya mengingatkan saudara saudari sekalian bahawa kita perlulah mempunyai dan mengamalkan budaya keseronokan bekerja dalam persekitaran yang kondusif. Kerja yang dilakukan itu perlulah bersungguh-sungguh supaya ia boleh mencapai sesuatu matlamat yang jelas dan menyeronokkan disamping menjadikan tugas kita lebih mudah. Kita juga tidak boleh cepat berpuas hati dan merasakan hasil kerja kita sudah yang terbaik padahal mungkin hasil kerja orang lain lebih baik dari kita. Oleh yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa prestasi kerja kita sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.”


Demikianlah antara intipati ucapan YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) semasa Sesi Perjumpaan Khas Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diadakan pada 5 Jun 2015 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Sri Perdana, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Dalam sesi perjumpaan khas ini, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah menyampaikan taklimat tentang status semasa pelaksanaan projek yang merangkumi projek RMLT, projek dibawah peruntukan ICU JPM dan juga projek-projek pelbagai Kementerian. Turut hadir pada sesi tersebut ialah Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Tuan Haji Mohd Noor Bin Rejab, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang serta warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

 

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 8 Jun 2015

Saya mengingatkan saudara saudari sekalian bahawa kita perlulah mempunyai dan mengamalkan budaya keseronokan bekerja dalam persekitaran yang kondusif. Kerja yang dilakukan itu perlulah bersungguh-sungguh supaya ia boleh mencapai sesuatu matlamat yang jelas dan menyeronokkan disamping menjadikan tugas kita lebih mudah. Kita juga tidak boleh cepat berpuas hati dan merasakan hasil kerja kita sudah yang terbaik padahal mungkin hasil kerja orang lain lebih baik dari kita. Oleh yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa prestasi kerja kita sentiasa berada pada tahap yang cemerlang. Demikianlah antara intipati ucapan YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) semasa Sesi Perjumpaan Khas Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diadakan pada 5 Mei 2015 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Sri Perdana, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir pada sesi tersebut ialah YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Tuan Haji Mohd Noor Bin Rejab, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang serta warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.