1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI PUSAT KOMERSIAL PERMATANG PAUH, KAMPUNG BELAH DUA, PULAU PINANG PADA 26 APRIL 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak ataupun lebih dikenali dengan Mobile Community Transformation Centre (CTC) merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Mobile CTC diperkenalkan sebagai satu platform kepada rakyat terutamanya penduduk luar Bandar dan Pingiran bandar untuk mendapatkan perkhidmatan utama Kerajaan, penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Mobile CTC ini adalah berkonsepkan pusat sehenti selaras dengan pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre/ UTC) bagi komuniti Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre/ RTC) bagi penduduk luar bandar. Pada 26 April 2015 bertempat di Pusat Komersial Permatang Pauh, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Kementerian Kewangan Malaysia dengan Kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah menganjurkan Program Mobile CTC peringkat negeri Pulau Pinang untuk kali kedua bagi tahun 2015. Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabtan Kesihatan dan Jabatan Imigresen telah mengambil bahagian untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Permatang Pauh khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Sri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), Tuan Syed Nasir Bin Syed Ahmad, Timbalan Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, Puan Namimah Binti Mohd Hashim, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri I, Tuan Haji Ismail Bin Harun, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 27 April 2015