1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIKTARAF MASJID (BUMBUNG MASJID DAN PENDAWAIAN SEMULA) SERTA KERJA – KERJA BERKAITAN DI MASJID PERMATANG JANGGUS, PENAGA PADA 23 APRIL 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Kepala Batas - Majlis Penyerahan Masjid Masjid Permatang Janggus, Penaga telah diadakan pada 23 April 2015 (Khamis) bertempat di ruang solat Masjid Permatang Janggus, Penaga. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah kepada pengerusi Masjid, Encik Che Yen bin Osman dengan disaksikan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, YB Tuan Mohd Zain bin Ahmad. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Ustaz Mohd Yusoff bin Mohd Desa, Penyelaras Masjid Daerah Kepala Batas, mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, kontraktor, serta ahli-ahli kariah Masjid Permatang Janggus, Penaga. Projek Naiktaraf Masjid (Bumbung Masjid dan Pendawaian Semula) Serta Kerja – Kerja Berkaitan di Masjid Permatang Janggus, Penaga ini telah bermula pada 11 Ogos 2014 dan telah diluluskan peruntukan sebanyak RM0.39 juta oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini siap sepenuhnya pada 20 April 2015. Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Masjid yang baru dinaiktaraf ini dilengkapi dengan ruang bumbung yang lebih tinggi, membantu pengudaraan dan menambah keselesaan kepada jemaah. Adalah diharapkan dengan siapnya masjid yang serba lengkap ini, kemudahan-kemudahan ini hendaklah dijaga dengan rapi supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya. YB Dato’ Seri Reezal Merican ketika menyampaikan ucapan beliau di majlis tersebut menekankan agar pihak Jawatankuasa Masjid Permatang Janggus, Penaga mengambil inisiatif yang agresif untuk mengimarahkan masjid supaya Masjid Permatang Janggus, Penaga menjadi simbol kepada penyatuan ummat Islam bukan sahaja di sekitar Penaga, malah di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 27 April 2015