1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN PERSEKUTUAN NEGERI (MTPNg) PULAU PINANG BILANGAN 2 TAHUN 2015 PADA 21 MAC 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) Bilangan 2 Tahun 2015 telah diadakan pada 21 Mac 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Perdana, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP). Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang merangkap Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Shukry Mohd. Salleh, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Ahli Parlimen dan ADUN Kerajaan Persekutuan, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Para Pegawai Kanan PPPPP. Fokus utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan pembangunan di Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya. Mesyuarat ini juga adalah medium untuk menyuarakan pandangan dan platform untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal-hal berkaitan pembangunan di Negeri Pulau Pinang bagi memastikan semua perkara dapat diselesaikan diperingkat akar umbi. Mesyuarat berakhir pada jam 1.00 tengah hari dan diteruskan dengan sidang akhbar. Jamuan Makan Tengahari diadakan sejurus sidang akhbar selesai dijalankan.

Sumber : Seksyen Urusetia & Tugas-tugas Khas

Tarikh Kemaskini : 23 Mac 2015