1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MASJID TIMAH / KAMPUNG BELAH DUA, PERMATANG PAUH, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG PADA 6 MAC 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Majlis Penyerahan Projek Siap – Masjid Timah / Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah diadakan pada 6 Mac 2015 bersamaan hari Jumaat, 15 Jamadilawal 1436H di dewan solat baru Masjid Timah/Kampung Belah Dua. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan upacara menandatangani Dokumen Siap Kerja serta Penyerahan Projek Siap daripada Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang kepada wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Zaidi bin Hj Said, Pengerusi Majlis Perundingan Pertanian Parlimen Permatang Pauh, Ybhg. Datuk Arif Shah bin Hj. Omar Shah, Mantan ADUN Seberang Jaya danTuan Haji Jusni bin Haji Ismail , Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah kira-kira 150 orang hadirin yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti Pulau Pinang serta anak Qaryah Masjid Timah / Kampung Belah Dua. Projek ini menelan belanja sebanyak lebih kurang RM3.83 juta di mana RM2.93juta merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan manakala RM0.9 juta dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Seksyen Teknikal, PPPPP. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 18 bulan bermula pada 19 Ogos 2013 dan siap sepenuhnya pada 19 Februari 2015 oleh syarikat TPJ Engineering Sdn Bhd. Masjid yang serba indah ini mampu memuatkan kira-kira 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan meneruskan legasi Kampung Timah dengan menggunakan imej “Timah”di dalam rekaan dan pilihan warna masjid. Masjid Timah akan diisytiharkan sebagai lokasi Solat Jumaat pada 13 Mac 2015 kelak dan penyerahan awal ini adalah bagi memberi ruang kepada kariah untuk memindahkan kelengkapan masjid lama ke dalam masjid baru yang telah siap dibina sebelum sesi Solat Jumaat pada minggu berikutnya.Dijangkakan masjid ini akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Pulau Pinang pada 4 April 2015 kelak.Adalah diharapkan juga dengan pembinaan masjid baru ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli qaryah serta masyarakat sekitar dengan aktiviti pengimarahan yang berterusan di samping menjadi pusat perpaduan ummat Islam di sekitar Permatang Pauh.

Sumber : Seksyen Projek Khas

Tarikh Kemaskini : 10 Mac 2015