1 ICU

1 ICU
1 Hati 1 Fikiran 1 Tindakan.

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan
Janji ICU JPM.

Direktori Pegawai

Direktori Pegawai
Maklumat Pegawai.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga
Muat Turun Borang.

PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI PADANG AWAM TAMAN PAUH, PERMATANG PAUH, PULAU PINANG PADA 7 FEBRUARI 2015

PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP PPPPP

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak ataupun lebih dikenali dengan Mobile CTC merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Mobile CTC diperkenalkan sebagai platform kepada rakyat terutamanya penduduk luar Bandar untuk mendapatkan perkhidmatan utama Kerajaan, penerangan mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang boleh disalurkan secara terus kepada kumpulan sasar serta memberi penerangan dan kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program, juga aktiviti melalui kementerian dan agensi kerajaan. Mobile CTC ini adalah berkonsepkan pusat sehenti selaras dengan pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre/ UTC) bagi komuniti Bandar dan Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Centre/ RTC) bagi penduduk luar bandar. Pada tahun 2015, Program Mobile CTC peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan untuk pertama kalinya pada 7 Februari 2015 di Padang Awam Taman Pauh, Permatang Pauh. Pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Pendaftaran Negara telah mengambil bahagian untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Permatang Pauh khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg) dan turut hadir ialah Encik Kamaruzaman Bin Mahmood, Timbalan Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBhg Datuk Mohd Zaidi bin Mohd Said, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parsekutuan Parlimen Permatang Pauh, YB Dato’ Mahmud bin Zakaria, ADUN Sungai Acheh, YB Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor, ADUN Sungai Dua, YB Shariful Azhar Bin Othman, ADUN Bertam, Pegawai-pegawai Kanan serta kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

Sumber : Seksyen Khidmat Pengurusan

Tarikh Kemaskini : 13 Februari 2015